Resepi

Thursday, March 09, 2006

Zaza Nasi Briyani

MAsa raya last year my mum can't cater for me like always, so I kenalah masak sendiri. I pakai MAGGI nasi beriayani punya perencah. Kat Giant selalunya ada, and the original recipe memang ada suruh masukkan ayam yg dah potong kecik dlm tu. The new packaging punya recipe tak der suruh bubuh bawah besar but the original pack ada tulis - bawang besar kiub kan and tumis dgn minyak sapi tu. Lepas tu bubuh the perencah 1 whole pack lepas tu masukkan nasi basmathi (better than normal rice grain yg lebih pendek tu) lepas tu bubuh ayam kecik2. Masa nak hidang bubuhlah kismis and cashew nuts goreng and whatever you can think of lah. It's so simple - I punya lah takut masa nak start sebab tak pernah buat sendiri!! Try it, you'll love it !!

Noriah Ibrahim Nasi Kerabu Ulam ulaman

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
½ biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Bahan dan Penyediaan SOLOK LADA
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji ½ biji kelapa parut putih 5 biji bawang merah sehiris halia 2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja sedikit garam, gula dan serbuk perasa ¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya
1) Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2) Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3) Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4) Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering..

Bahan dan Penyediaan IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
1) Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2) Panaskan minyak.
3) Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.


OPTION
PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan.
Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah..




3.3 NASI KERABU - TIPS
From: noraini noraini@antara1.po.my

Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.

TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

UNTUK MAKLUMAN saudari jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

WALAUBAGAIMANAPUN, saudari bolehlah mencuba mana-mana cara, dan penilaiannya nanti saudari sendiri akan tahu mana yang lebih sedap..

Noriah Ibrahim Ayam Beriyani

5. AYAM BERIYANI
1 ekor ayam (dipotong 12)
3 sudu makan rempah beriyani (kalau serbuk beriyani, sila cairkan sedikit dgn air) Cili kering (ditumbuk lumat) secukup rasa 1 tin kecil tomato puri Minyak masak 5 biji bawang puteh (ditumbuk halus) 5 biji bawang merah (ditumbuk halus) 1 inci halia (ditumbuk halus) 1 paket 50 sen rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) Garam secukup rasa Air

Cara-caranya :
1. Bersihkan ayam.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk.
3. Tumis rempah, halia dan bawang sehingga berbau.
4. Tumis cili giling, garam dan rempah beriani sampai naik minyak.
5. Masukkan ayam dan gaul.
6. Masukkan tomato puri dan sedikit air.
7. Biarkan rempah sebati dgn ayam sekejap. Boleh kecilkan api.
8. Masukkan air sama rata dengan ayam. (Air jgn terlalu banyak, ni bukan masak kari.)
9. Tutup periuk dan biar ayam masak.
3.2 NASI KERABU ISTIMEWA
>From : noraini@antara1.po.my

Bahan dan Penyediaan NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara Menghidang
1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
2) Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya
1) Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering..
2) Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL IKAN
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

1) Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
2) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Bahan dan Penyediaan CILI PADI JERUK
1) Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2) Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3) Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan dan Penyediaan TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya
1) Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2) Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3) Sesuaikan rasa dan angkat.

Noriah Ibrahim's Nasi Briyani

23. NASI BRIYANI


Beras Basmati - direndam 15 minit
2 sudu rempah briyani
5 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
susu cair, minyak sapi.
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang bunga chengkih
buah badam, kismis hitam, biji gajus, daun pudina bawang goreng dan daun pandan.

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak sapi Tumis Bawang putih/ merah/halia dan bunga chengkih, bunga lawang, kulit kayu manis buah pelaga serta daun pandan
2. Bila sudah naik bau masukkan rempah briyani, susu cair dan masukkan air ikut sukatan beras.
3. Bila sudah mengelegak masukkan beras bila nasi sudah hampir kering masukkan buah badam, kismis, biji gajus dan daun pudina akhir sekali taburkan bawang goreng.

22. NASI BERIANI GAM
Bahan-bahannya :
½ kg.daging - dipotong kiub
10 gm. Halia
25 gm. Bawang putih
30 gm. Rempah beriani
daun pudina

Blender halia, bawang putih dan daun pudina. Gaul daging dengan rempah beriani dan bahan yg.telah di blend.

Bahan utk. Menumis daging :
3 biji bawang besar - blender
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pala
Susu cair
Kulit kayu manis
Minyak masak (utk. menumis)
garam

Bahan untuk nasi beriani :
500 gm. Beras basmati
3 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
2 kuntum bunga cengkih
20 gm. Gajus
20 gm. kismis
2 ulas bawang putih
2 biji buah pelaga
halia
kayu manis
sedikit air mawar (utk. mewangikan nasi)

cara membuatnya :
1. Panaskan minyak, tumis bawang, bunga cengkih, buah pala dan kayu manis. Kemudian masukkan daging yang telah digaul tadi, kacau hingga pekat (kering) kemudian masukkan susu dan garam, kacau lagi hingga betul2 kering.
2. Panaskan minyak sapi, tumis halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bawang putih dan bawang besar yang telah di kisar. Masukkan beras dan air secukupnya, biarkan hingga tiga suku masak, kemudian masukkan ke dalam periuk daging tadi dan tutup periuk, biar sehingga nasi betul2 masak.

* hidangkan dengan acar rampai

Thursday, March 02, 2006

Ijat (Saadat) 's Makaroni Bakar

Heres the recipe for my Baked Macaroni....

225g macaroni
160g chicken meat - cubed (boleh diganti dgn daging)
75g button mushrooms - sliced thinly
100g mixed vege
1 tbsp chooped garlic
100g cheddar cheese - grated (boleh tambah amount kalau nak more cheezy)

Mix together to dissolve chicken stock granules:
4 eggs - beaten
300ml water
1 1/2 tsp chicken stock granules ( I used the Maggi cube)
1/2 tsp salt or to tasteA dash of pepper

Cook macaroni in lightly salted water. Drain well. Heat oil in a wok and
sauted chopped garlic till fragrant. Add button mushrooms and stir-fry
well. Mix in chicken meat and mixed vege.Add in macaroni, give a quick stir
and dish up.

Pour half portion of macaroni mixture into a greesed casserole. Spread half
portion of grated cheese over. Top up with the reemaining portion of mcaroni
and spread with te rest of the cheese. Pour the egg mixture over the
macaroni and bake in a preheated oven at 180C for 30 to 40 mins or till the
egg mixture has set.

**NB: I had extra eggs when I baked this earlier as I wanted the macaroni to
be fully covered with the egg custard. I ended up with 6 eggs. And of course
with lots of extra cheese....Happy baking!!!

Bonus recipe: Chocholate Cake......anybody interested? Tested in my
kitchen!!!



Balik ke Resepi

Balik ke Muka Depan

Monday, February 27, 2006

Noriah Ibrahim's Makaroni Bakar.

Makaroni
2 bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kg daging cincang
12 biji Telur
1 ketul cheese diparut
Makaroni sebungkus (250 g)
Tomato puree
Garam secukup rasa (4 sudu kecil kfc)
Sedikit minyak sapi

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang2.
Masukkan 4 sudu tomato puree dan bila garing masukkan daging cincang, garam dan sedikit air supaya daging empuk dan biarkan sejuk Rebus makaroni dan toskan. Apabila makaroni sejuk sedikit, camppur dalam daging cincang tadi dan digaul bersama telur 6 biji (dipukul sedikit) dan separuh cheese yang diparut tadi. Bila dah rata masuk dlm acuan dan ditekan2. Lastly pukul telu selebihnya dan dicurah atas makaroni tadi dan selepas itu tabur cheese yang separuh lagi. Panaskan dlm oven sehingga masak kekunigan (160 degree).



Balik ke Resepi

Balik ke Muka Depan

Monday, November 08, 2004

Emma's Black Pepper Gravy

From: Asmawati Abdul Manaf
Sent: Wednesday, September 15, 2004 9:52 AM
Subject: black pepper gravy


Aku punya recipe utk meat sauce paling senang... spaghetti tu kau bantai la brand apa and pasta bentuk apa yang kau suka, kan.. part kuah ni - aku guna fresh tomatoes yang ripe tu blend kan lagi banyak lagi 'solid' la then potatoes sikit rebus sampai lembik boleh penyet then guna bawang besar diced lots of chopped garlic. Aku fry sikit dulu garlic ni naik bau, then bubuh the bwg besar tak garing just layor. Blender bekas tomatoes tu aku bilas and air dia aku guna untuk mix kan Bolognese sauce dalam paket yang Maggi brand tu la. Aku masukkan minced meat into the sauce mix tu kacau elok pekat tak basah sangat and also goring sikit lepas bawang tadi. then bubuh the tomatoes blended and the potatoes dah penyet sikit tu and kalau ada leftover air dalam blender bekas tomato tadi terjun kan sekali la dalam pot aku. Also aku suka tambah mushrooms - beli kat pasar tani mushroom yang lebar tu apa nama dia, and aku bubuh buttons tinned tu also kalau ada straw mushroom turut terjun sam!
a. Sayugia di ingatkan yang aku ni tak kenal nama leave like bay leave mana satu, basil ke apa ke, so aku akan campak apa yang aku jumpa dalam pot juga. I used to have this bottle of mixed herbs (what mix ? tatau la) which seemed ok. The only leave aku kenal is daun kari so yang tu tak masuk la.

Basically the recipe is very volatile, so if you ever have the chance to sample it made by me, the guarantee that it will taste similar the next time is very the slim one... sebab aku kira apa ada aku campak sekali la. Kekadang aku boh kiub daging jugak. Or campur ngan kiub ayam. Tomyam kiub tak pernah try... eh lupa, aku bubuh tomato ketchup sikit utk kasi dia masam and sikit oyster mushroom sauce. Aku tak makan oyster so I use the vege kind. And kalau tak cukup masin, kicap masin or garam... the end !

regards,
..asma
Asmawati Abdul Manaf




Balik ke Resepi

Balik ke Muka Depan

Recipe guna buah Kurma

From: Azah
Sent: Tuesday, September 28, 2004 10:43 AM
Subject: Recipe guna buah Kurma


Ohh thanks derque.



Kuih makmur tu kat banyak negeri ada Cuma nama dia je lain lain.



Some of them are sweedish cakes, Mexican wedding cookies, kuih makmur and negeri arab pun ada tapi aku tak ingat nama dia apa.



Thanks derque.



Azah


-----Original Message-----
From: Nora Noor
Sent: Tuesday, September 28, 2004 3:02 PM
Subject: Recipe guna buah Kurma


ana, mak nora tak buat tapi nora yang selalu buat. okaylah tu azah. battered dates. atau crispy dates. tepung buat macam nak goreng pisang tu



-----Original Message-----
From: Suzana Binti Nawardin
Subject: Recipe guna buah Kurma


Yang paling senang, cok kodok dates. Mak aku sokmo buat kalau bulan puasa. Celup dalam tepung & goreng. Makan panas2. Sedap.....

Regards.

SUZANA NAWARDIN
Human Resource Department (MRCB)


-----Original Message-----
From: Zuraida Ghazali
Sent: 28 September 2004 10:30
Subject: Recipe guna buah Kurma


Azah, I know dates boleh di guna in two instances : Campur in milk to ubat gastric pangs and inti dalam kuih makmur (instead of kacang + gula). Resepi, tak ada... sorry.

Derque




Balik ke Resepi

Balik ke Muka Depan

Azah's USA ORIGINAL black pepper gravy

-----Original Message-----
From: Azah
Sent: Tuesday, September 14, 2004 9:28 PM
Subject: black pepper gravy


Nora,



Kalau tak mahu tulang, pakai ayam pun tak apa. What you need is the dripping (jus).



Kalau guna ayam, gravy dia pucat skit lah. Tapi kalau guna tulang daging, som som dia lah that will give the brown color. Kat sini orang tak bubuh bawang goring, tapi mushroom ada lah.



Basic recipe dia : (makes about 1 cup gravy)



2 T dripping (fat & juice)

2 T flour

1 cup liquid (use up the rest of the dripping or use chicken stock kalu tak dapat banyak dripping)



Lebih bagus buat gravy ni dalam bekas yang baker tulang tu. The brown stuff that gets stuck on the pan is the best part. It will give the color and flavor. So curah kan all the dripping in other bowl. Leave 2 T on the pan, and on low heat, stir in tepung. Stir constatntly until smooth and bubbly. Remove from heat and stir in the 1 cup liquid. Put back on heat until boiling. Stir constantly. So kalu ko nak bubuh bawang goring, bila dah siap tu boleh lah tabor agak nye.



Kalau baker turkey tu dalam oven, dapat banyak jugak dripping dia. So I imagin kalau baker tulang je, maybe dapat skit je. So gunalah chicken stock. Yang paling important jangan buang all brown stuff yang melekat kat roasting pan tu.



-----Original Message-----
From: Nora Noor
Sent: Tuesday, September 14, 2004 5:39 AM
Subject: black pepper gravy



norie, simple nye. betul ni sedap. nak try nanti. tapi nanti gravy tu tak gelaplah colornye. takkan nak taruk pepper byk2.



my kids suka western food. tapi anak melayu jati. kadang2 masak spagh, pizza, lasagne. dia org sukalah. kalau lauk melayu ni, suka masak lemak pucuk paku, ayam goreng. sambal but not sambal udang.



azah, memang nak tanya azah resepi. so if u cook for them, azah buat camna punye? ingat nak cuba gak buat gravy yg kena bake tulang tu dulu , tapi nak pi pasar keramat beli tulang tu malas. anyway, tak payah bawang ke azah. bila dah letak atas stove tu, campur bwg goreng sampai brownish then masukkan tepung. guna chicken stock tak? pas tu kalau nak campur mushroom pun bolehkan.



dah telan air liur pulak . kena cuba jugak. norie punya resepi pun nak cuba jugak.





"Noriah Ibrahim (MBS)" wrote:

I pernah buat cam ni...mushroom soup + black pepper powder..sedap gak..nak senang beli gravy yg dah siap..kat supermarket manyak. I ada buat collection resepi fr restoren pak amir..kena cari dulu la..maklum la, collect je tapi tak try pun




-----Original Message-----
From: Kamarita AKarim
Sent: Tuesday, September 14, 2004 12:11 PM
Subject: black pepper gravy



Silap-silap kau pi carrefour ke giant ke ada yg dlm packet. Cuba pi try tengok. Kalau nak from scratch kau cuba masuk www.bhg.com, pi ke recipe centre and search. Mcm2 recipe kau blh dapat and boleh pakai jugaklah!







Nora Noor wrote:

ha..ha.. ingatkan tak ada org panggil daging tetel. masak dalca pun sedap tau norie.



anyway, siapa tahu buat black pepper gravy yg rasa labih kurang macam kat dave's deli tu. org ajar mcm2 style tapi tak jadi juga. suka yg rasa cam tu.



ada chef ajar tapi payah sgt. tulang lembu lemak dll di bake dulu. guna minyak dia tu buat gravy. susah sgt. sapa2 yg terer tu share2 lah sikit.

ada tu yg guna white winelah.



tolong......







"Noriah Ibrahim (MBS)" wrote:

banyak lemak je, daging tak de kot...kalau org melaka, lemak tu kita panggil daging tetel..buat masak asam pedas masa kenduri..keh keh



Balik ke Resepi

Balik ke Muka Depan