Monday, February 27, 2006

Noriah Ibrahim's Makaroni Bakar.

Makaroni
2 bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kg daging cincang
12 biji Telur
1 ketul cheese diparut
Makaroni sebungkus (250 g)
Tomato puree
Garam secukup rasa (4 sudu kecil kfc)
Sedikit minyak sapi

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang2.
Masukkan 4 sudu tomato puree dan bila garing masukkan daging cincang, garam dan sedikit air supaya daging empuk dan biarkan sejuk Rebus makaroni dan toskan. Apabila makaroni sejuk sedikit, camppur dalam daging cincang tadi dan digaul bersama telur 6 biji (dipukul sedikit) dan separuh cheese yang diparut tadi. Bila dah rata masuk dlm acuan dan ditekan2. Lastly pukul telu selebihnya dan dicurah atas makaroni tadi dan selepas itu tabur cheese yang separuh lagi. Panaskan dlm oven sehingga masak kekunigan (160 degree).



Balik ke Resepi

Balik ke Muka Depan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home