Thursday, March 09, 2006

Noriah Ibrahim Ayam Beriyani

5. AYAM BERIYANI
1 ekor ayam (dipotong 12)
3 sudu makan rempah beriyani (kalau serbuk beriyani, sila cairkan sedikit dgn air) Cili kering (ditumbuk lumat) secukup rasa 1 tin kecil tomato puri Minyak masak 5 biji bawang puteh (ditumbuk halus) 5 biji bawang merah (ditumbuk halus) 1 inci halia (ditumbuk halus) 1 paket 50 sen rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih) Garam secukup rasa Air

Cara-caranya :
1. Bersihkan ayam.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk.
3. Tumis rempah, halia dan bawang sehingga berbau.
4. Tumis cili giling, garam dan rempah beriani sampai naik minyak.
5. Masukkan ayam dan gaul.
6. Masukkan tomato puri dan sedikit air.
7. Biarkan rempah sebati dgn ayam sekejap. Boleh kecilkan api.
8. Masukkan air sama rata dengan ayam. (Air jgn terlalu banyak, ni bukan masak kari.)
9. Tutup periuk dan biar ayam masak.
3.2 NASI KERABU ISTIMEWA
>From : noraini@antara1.po.my

Bahan dan Penyediaan NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara Menghidang
1) Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
2) Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL KELAPA
½ biji kelapa parut
1 camca the garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya
1) Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering..
2) Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Bahan dan Penyediaan SAMBAL IKAN
5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji bawang merah
sehiris halia

1) Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
2) Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Bahan dan Penyediaan CILI PADI JERUK
1) Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2) Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3) Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan dan Penyediaan TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya
1) Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2) Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3) Sesuaikan rasa dan angkat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home